Ads 468x60px

Thursday, April 28, 2011

[Resepi] Self-saucing chocolate pudding - must try!

Assalamualaikum,
Hari ni nak share another great recipe yang wajib dicuba. Seriously..wajib tau..sebab memang sedap! Ingatkan susah sangat..tapi...senang macam A B C..**huu..mintak maaf lah selalu sangat share resepi semenjak dua menjak ni...sebab banyak nak try resepi baru sempena Masterchef ni haa...prektis la konon²nya kann** Ni memang first time eden try resepi ni..tak pernah buat pun sebelum ni..Alhamdulillah..menjadi dengan jayanya :)

OK..firstly, bahan² untuk chocolate pudding.
1) 1 cup tepung self-raising **I used 1 cup all-purposed flour + 1 teaspoon baking powder**
2) 1 1/2 tablespoon cocoa powder
3) 1/4 cup brown sugar
4) 60g dark cooking chocolate **I used normal cooking chocolate**
5) 140ml full cream milk
6) 50g butter
7) 1 egg (lightly beaten)

Bahan² untuk chocolate sauce :
1) 1/2 cup brown sugar **I used less..about 1/4 cup rasanya**
2) 1/4 cup cocoa powder
3) 200ml warm water

OK..nak buat dia senang je..panaskan oven ke suhu 190°C. Then sementara nak tunggu oven panas, campurkan semua bahan kering untuk choc pudding dalam satu mangkuk..gaul rata²..lepas tu masukkan telur and susu. Kacau sampai sebati and pastikan tiada ketul²...nanti pudding berketul.. **nak ke korang makan pudding berketul²?** Then, cairkan cooking chocolate dengan butter..lepas dah cair, campurkan dalam adunan pudding tadi. Lepas dah gaul sebati, tuangkan dalam acuan ramekin **eden tak ada acuan ramekin ni..so, eden guna mangkuk tahan panas..kalau korang nak guna acuan kek pun boleh**
Ni contoh rupa ramekin..


OK..then, untuk chocolate sauce pulak, just campur je semua bahan sos tu jadi sebati..then tuangkan kat tengah² adunan pudding yang dah letak dalam acuan tadi. Kira tengah² tu nanti akan ada nampak cam berair la sikit..jangan letak banyak²..just agak² cukup je lah. Bila dah ready semua, oven pun dah panas, korang campak ehh..tak..letak dalam oven and bakar for 13 - 14 minit..tengah² dia memang akan nampak macam cair²..don't worry **maximum 14 minit je bakar..jangan lebih²**

 **tak sabor nak nunggu siap..huu**

Lepas dah 14 minit tu, jangan terus bukak pintu oven..let it stand for another 3 minutes in the oven. Lepas tu baru boleh keluarkan.

**ni bila dah siap masak..tengah² crack and naik kembang..macam cupcake pon ade jugak neyh**

OK..tunggu lah sejuk sikit baru boleh makan..**kalau tak sabar jugak..take the risk la kalau lidah korang melecur =.=** Time nak makan tu boleh la tabur sikit gula icing kalau suka. Eden suka sebab nampak cantek. Hehe..

**nampak macam ala² ada snow lah konon kann**

Nak tengok ke camne rupa tengah² dia? huuu..sedap weyh yang kat tengah² tuu...sila lihat gambar dibawah..

**ohhh...coklat mencurah-curah bagaikan lava gunung berapi...sedapppp!!!**

Dan..selepas 3 minit...ini yang akan berlaku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Licin!!! **burrrppp...Alhamdulillah** heee...sedap yang amat..esok nak buat lagi next batch..**boleh gemuk kalo selalu buat ni..abes lah dakuuuu**


OKlah..selamat mencuba ye korang² :)

Adios!




Wednesday, April 27, 2011

Current project - entry untuk promosi :)

Assalamualaikum,
apa khabar semua yang tengah baca **bajet ade je kann =.=**..kalau ada yang tengah baca tu, harap² sihat lah hari ni. OK..entry kali ni nak promote sikit my new product :)
Minty blush lipbalm :)

 **minty blush lipbalm**

**minty fresh lipbalm**

Haa...yang ni adik beradik kepada minty fresh lipbalm. Beza 2-2 lipbalm ni ialah minty blush is slightly tinted with blushing pink colour and make it look yummy-licious. Enriched with Vitamin E and shea butter, lipbalm ni akan protect and repair bibir yang extra kering. Kedua-dua jenis lipbalm ni sama je bahan dia...yang beza cuma minty blush ada extra shea butter and pink tinted. Minty fresh lipbalm adalah original version..without shea butter tapi elok juga untuk bibir kering. Sesiapa yang suka pink lipbalm, boleh try minty blush. Siapa suka original, boleh try minty fresh. Both have the cooling effect of peppermint. Sejuk and berangin je.

OK lah..ringkas je entry promotion ni. Sesiapa yang minat nak beli, boleh la jenguk kat Homemade by zanox.  
Semua product freshly made for each order. Nak order by e-mail pun boleh. Email eden : trizzie_88@yahoo.com

OKlah. Adios!



Tuesday, April 26, 2011

In the making of pure infused oil - new love! :)

Assalamualaikum,
OK..ni saje² nak share my new love..chenta baru..huhu..**jangan marah encik A**. Currently, I discovered new interest in essential oil. Tapikan essential oil ni mahal yang teramat. Untul 10ml **kecik gile botol dia** harga dah sampai RM24-28..ada jugak yang mencecah RM80 untuk 10ml essential oil. Sebenarnya, berbaloi kalau kita ada essential oil sebab banyak sangat kegunaan dia..just a drop dah cukup utk setiap penggunaan. Minyak dia ada bau yang amat pekat dan full strength..sebab tu kena dilute kan EO tu. **sayang woo guna banyak²..1 drop dilute sampai 50ml..hehe**

Hm..now, eden dalam proses nak buat oil infusion **amende tu weyh??!** Oil infusion ni ala² essential oil lah..tapi tak sekuat and essence dia tak pekat macam EO tu..but still very beneficial. Ada banyak yang eden tengah buat..but ni salah satu nya..

**gorgeous gila botol itu...and my sunny window..tenang je nengok.. :) **

Antara jenis oil infusion yang korang boleh buat is ylang-ylang (bunga kenanga), jasmine (melur), rose, lavender and macam² lagi. I have a lot of ylang² flowers blooming and I decided to do it.
Mudah je nak buat. **budak² 5 tahun pun buleh buat..huu..ye kot**. First, petik bunga² yang nak digunakan. Pastikan petik waktu pagi sebab time ni memuncak bau bunga². Jangan petik time panas² tengah hari..essence bunga tak banyak. Then pastikan tak ada ulat² kat bunga tu. Ambil kelopak sahaja and letak dalam glass jar. Tuangkan minyak sampai tutup semua kelopak tu. Tutup dan letak kat tempat yang banyak sunlight **macam den letak kat tepi tingkat ni haa**. Pastikan pilih minyak yang light and tak ada bau. Best choice is extra light olive oil. Tapi eden guna sunflower seed oil **ni yang cosmetic grade punya tau..bukan sunflower oil yang jual kat pasaraya tu**. Sunflower seed oil ni jenis ringan and cepat meresap kat kulit, and kebaikan dia untuk scar, kulit berjerawat. Kalau guna olive oil pun lagi bagus. :) **kalau guna minyak masak tu, tak tau la pulak..try test..then let me know ye..hee** OK, then let the jar sit at sunny place for 5 days. Shake the jar everyday. After 5 days tapis and buang kelopak tu. Kalau nak essence and bau lagi pekat, tambah new petals kat minyak yang dah tapis tu..repeat balik proses...sampailah korang puas hati dengan bau oil tu..bila dah siap oil infusion ni, boleh buat pewangi potpouri..best! :) **nak guna utk benda lain pun buleh jugak** Nak guna untuk homemade deodorant pun boleh.

OK lah..tu je nak share setakat ni kot. Kalau ada sesiapa yang minat nak try, boleh try :) Kalau tak minat, toksah =.=

Adios!



Monday, April 25, 2011

[Beauty tips] How safe is your deodorant?

Assalamualaikum,
OK..today nak share  tips about deodorant..actually ni sambungan kepada entry ini. **sila rujuk kalau blurr**

 **contoh deodorant**

Hmm..as we all know lah kan, deodorant ni sangat² penting untuk mengatasi masalah body odour. Lainlah kalau korang takde body odour langsung kan..so, cam tak penting sangat deodorant ni.
But normally, semua orang akan guna deodorant kan. The question is, how save is your deodorant? Betul² selamat ke bahan² yang ada dalam deodorant korang tu? **perkataan korang digunakan sebab eden dah tak guna deodorant kat kedai tu..eden ada alternatif lain..hehe**

Orait, firstly, eden nak tunjuk sikit contoh bahan² yang mungkin terdapat dalam deodorant. **sila pegang botol deodorant anda dan rujuk ye**

Here are 7 ingredients to avoid when choosing your deodorant:
Aluminum chlorohydrate, aluminum zirconium tetrachlorohydrex gly or any aluminum compounds. Aluminum is absorbed through the skin and accumulates in the body. It has been suggested that there is an association between aluminum and Alzheimer’s disease.

Parabens (methyl, ethyl, propyl, benzyl and butyl),
are all derived from toluene, a toxic petrochemical derivative. Toluene is toxic if swallowed or inhaled. It is also harmful in contact with the skin. There is some evidence that repeated exposure to toluene may cause reproductive harm. Since 2000, 13 research studies have shown that various types of parabens act like estrogen in animals and in tissue culture. Estrogen is known to drive the growth of cancerous cells.
Triclosan is a skin irritant and may cause contact dermatitis. It may kill healthy bacteria as well as harmful bacteria. It may contain carcinogenic contaminants. It is stored in body fat and is classified as a pesticide by the FDA.
Talc is classified as a carcinogen by the International Agency for Research on Cancer if it contains asbestiform fibers. The quantity of asbestiform fibers in cosmetic grade talc is unregulated. If talc is listed on the label, there is no way of knowing whether or not it contains asbestiform fibers.
Propylene glycol absorbs quickly through the skin and is a penetration enhancers. It may cause delayed allergic reactions. NIOSH says propylene glycol is a neurotoxin and may cause kidney or liver damage. The EPA says it’s not fully investigated for carcinogenic potential.
Silica is a skin irritant. It may be contaminated with crystalline quartz, which is a carcinogen.
Steareth-n (n may be any number like say 100), may be vegetable derived but is reacted with ethylene oxide (ethoxylated), a known human carcinogen. 


Haa...ada tak ter-list kat ingredients deodorant tu? If ada, kena beware lah sikit. Memanglah kita tak guna sebotol tu habis terus in one day. Tapi, cuba bayangkan..kalau kita guna deodorant 2 kali sehari **setiap kali lepas mandi lah kan** and then berterusan sampailah umur kita lanjut-lanjutan..bayangkan berapa botol kita dah habis just for deodorant and berapa banyak bahan² tu dah accumulate? And..from umur berapa mula guna deodorant? **sila buat muka berfikir sekarang ye**
Dan seperti yang kita tau, kulit kita ni menyerap menda² tu kan..and our skin is the largest organ kat badan kita ni..so, tak mustahil kulit kat bawah 'keti' tu menyerap bahan² deodorant tu kann..**then camne? tak yah pakai deodorant dah ke?**

Hmm..bukan tak payah pakai, boleh pakai tapi kalau boleh, cari alternatif yang lebih bagus sikit. OK, eden ada 1 resepi deodorant yang eden buat. I've converted to this homemade deodorant for almost 1 month and it works wonder for me. Senang sangat² nak buat..

Bahan-bahan :
1) 2 sudu kecik Baking soda **BUKAN baking powder ye**
2) 100ml air suling **eden guna air mineral**
3) 1 sudu kecik aloe vera gel **buleh dapat kat farmasi**
4) 10 drops tea tree oil **buleh dapat kat farmasi jugak**
5) 4 drops lavender essential oil 
**ni kena cari la kat mana² jual essential oil..eden letak ni nak bagi bau sedap sikit..kalo tak letak pon takpe**

OK..cara² dia senang je..campur semua and letak dalam spray bottle..goncang sebelum guna..bila nak guna, spray je..but it takes time to dry la..which I don't mind at all..baking soda dalam bahan tu adalah untuk membuang segala bau² yang tak best..kiranya as deodorizer la **eden dah pernah cerita pasal baking soda KAT SINI**..aloe vera tu elok untuk menjaga kelembutan kulit..tea tree oil tu penting sebab dia anti-bakteria..so, tak akan ada bau pelik la kalau berpeluh sebab dah letak anti bakteria..lastly, eden letak lavender oil sebab nak bagi bau wangi..hehe..

 **my homemade deodorant :) **

Ada juga resepi deodorant yang simple..just water + baking soda + rubbing alcohol. Eden tak letak alcohol tu sebab dia akan mengeringkan kulit **tapi kalau letak alcohol tu, deodorant tu cepat sikit kering kat bawah 'keti' tu** Setakat yang dah sebulan den guna, I don't stink but I sweat as usual. Peluh tu normal lah kan..tapi, yang sangat best, TAK ADA bau! Serious...mula² ingatkan tak mujarab..saja² je try test power kan..Alhamdulillah..berjaya! And now I am happy with my own homemade deodorant..terus tak guna dah deodorant rexona tu haa..huuu..and my armpit seems 'happy'..hehehe...

Haa..dah² la tu ye..kalau korang ada bahan² tu, and nak cuba, silakan..

Adios!

Friday, April 22, 2011

[Resepi] Lunch yang simple and healthy - chicken soup rice noodle

Assalamualaikum,
Hari ni nak share my lunch tadi..agak simple dan cukup mengenyangkan lah jugak. Disebabkan hari ni cam tak tau nak masak apa, so, nak senang buat sup je la.

OK..bahan² dia sikit je :
1) Ketulan ayam
2) Garlic 2 ulas
3) Shallots 2 biji
4) Bunga lawang 2 biji
5) Cinnamon 1 stick
6) Serai - 1 batang
7) Ginger 1 inci
8) Garam dan serbuk perasa ayam
9) Kicap
10) Bihun -dicelur dalam air panas
11) Bahan² hiasan : lobak merah, cili merah, daun sup

OK...cara nak buat pun simple..main campak² je **serius, memang campak je semua**
Mula² basuh ayam, potong kiub² atau potong la ikut suka. Letak dalam periuk. Ketuk halia, serai dan bawang putih, letak dalam periuk tu jugak. Bawang merah tu hiris² and masuk dalam periuk. Jangan lupa campak cinnamon and bunga lawang tu sekali. Letak air sampai menutupi ayam..letak ikut banyak mana korang nak kuah sup tu. Bukak api, dan biarkan mendidih, add serbuk perasa ayam kalau suka. Bila sup dah mendidih, buangkan minyak² ayam yang terapung tu.. **kalau korang suka sup berminyak, takyah la buang**. Biarkan simmering for about 15 minutes lagi. Tutup api and letak garam secukup rasa and sedikit kicap untuk lebih sedap. Tuang sup atas bihun yang dah dicelur...
.
.
.
.
,
,
....taadaaa...

**uuu...lawalah pulak..hehe**

OK..dah la tu..**mintak maap ler...entry cam malas je..huu**

Selamat mencuba!

Adios!

Wednesday, April 20, 2011

Body odour? Euwww~~


Assalamualaikum,
Huuu..tak tahan!!! Tajuk entry pun tak tahan kan..ish²..mintak maaf la ye..cam sensitip sikit tajuk entry kali ni. Actually, nak share la sikit. Selalunya, kalau eden gi jenjalan kan..kat mana² je lah..konferm akan terjumpa dengan orang² yang ada masalah tersebut. Aigooo...tak tertahan nafas den! **kalau boleh nak muntah, memang muntah depan² dah** Korang pernah tak tersepit dalam keadaan berhimpit² and ada bau² 'best' tu? Especially la kan, time naik komuter, lrt, monorail, etc, time peak hour...Ya Allah..mintak nyawa beb!



Sebenarnya, semua orang ada body odour masing²..cuma terpulang pada individu masing² camne nak atasi masalah tu. Cara terbaik, selalulah mandi..2 - 3 kali sehari. Mandi tu pulak jangan la setakat siram menyiram ye rakan²..sila sental menyental jugak **kalau mandi pun nak kena ajar, memang la hampeh..haih~**
Then, jangan lupa keringkan badan betul² sebelum pakai baju. Lagi satu, pakai lah deodorant. Penting tau sebab deodorant ni menghapuskan bau² yang tak best. Tapi, please avoid using anti-perspirant. Sebabnya, anti-perspirant ni menyebabkan liang peluh tu tersumbat..tu kira dah menghalang fungsi kulit. Ada sebabnya kenapa Allah jadikan kita ni berpeluh. Sebab nak menyejukkan badan. Bila kita sumbat liang tu, temperature badan mungkin akan terjejas. So, jangan lah diubah perkara itu ye. Guna deodorant je. Biar la peluh, asalkan tak ada bau **sure korang kata eden gila kan nak suruh orang berpeluh**

Sebenarnya, peluh kita ni tak ada bau. Odorless. Seriously. Yang menjadikan peluh berbau ialah bakteria² yang ada kat badan kita. Bila peluh campur dengan bakteria, it will start to decompose and produce a very unpleasant smell. Tu yang jadi bau hamis tu. That's why we need to keep our body clean. Untuk kat bahagian armpit pulak, use deodorant yang ada anti-bakteria. This will help to neutralize our sweat supaya tak jadi berbau.

OK..pasal deodorant pulak, ada jugak bahan² yang agak bahaya terkandung dalam deodorant ni. Tapi, malas la nak cerita sekarang. Tunggu next entry ye..ada tips best untuk alternatif selain deodorant commercial kat kedai tu.

Adios!

Tuesday, April 19, 2011

Why do I keep baking soda in my bathroom??

Assalamualaikum! :)
Dah few days dah tak meng-update blog ni...maklum la..tengah prektis untuk masterchepp **agak² la kot ye pun nak kelentong cik zanox oii..nak masak ape pun taktau lagi ni** Orait takmau belok² konar baring sana sini, berbalik kepada tajuk entry..simpan baking soda dalam bilik air?? Ape ke halnye yopp??

Haa..sebenarnya, banyak kegunaan baking soda ni haa..bukan setakat untuk masak, but can also be used for other purposes. Tak caya ke eden letak baking soda kat bilik air? haa..nengok gambar bawah ni..

**haa..yang dalam bulatan merah tu ye baking soda**

Dah caye dah?? **sile percaya sekarang, malas nak push lagi dah =.=** OK, baking soda ni, atau dikenali sebagai sodium bicarbonate **dalam BM natrium bikarbonat seperti yang tertulis pada botol tersebut** adalah sejenis chemical yang digunakan dalam masakan seperti kek, kuih, etc. **Sila jangan samakan dengan BAKING POWDER ye..dua menda ni adalah BERBEZA.** Kat dapur rumah den memang ada sebotol menda alah ni, tapi dalam bilik air den pun ada jugak. Memang beli extra. Nak tau apa yang eden buat dengan baking soda ni?  
Orait..ni dia checklist :

1) Tooth whitener/cleaner - kalau korang nak gigi putih berseri, tips yang paling murah, taburkan sikit baking soda atas ubat gigi yang korang letak kat berus gigi. Gosok gigi cam biasa. Amalkan setiap kali berus gigi, insyaAllah, gigi nampak lebih bersih :)

2) Ubat kumur/breath fresher - ni memang fabulous. caranya, letak satu sudu kecik baking soda dalam 1/2 gelas air, kumur² cam biasa. Bau mulut di'neutralize'kan. **eden suka letak 1 drop peppermint essential oil jugak..fresh!**

3) Facial/body scrub - sangat elok untuk kulit yang berminyak. ambik satu sudu baking soda, campur sikit air, buat paste. lepas tu scrub muka slow², then bilas. Kulit lebih bersih sebab sel kulit mati dah tak ada :)

4) Clarifying shampoo - pernah tak rasa cam kepala korang banyak sampah ehh..tak²..build up..alaa,,yang rasa tak selesa, ada kotoran kat kulit kepala and berminyak? Especially orang yang pakai tudung ni kan, cam ada peluh² and minyak. So, kena guna clarifying shampoo untuk betul² bersihkan kulit kepala tu. Toksah susah² pi beli kat kedai. Guna baking soda je. Campur 1 sudu kecik baking soda dengan amount shampoo yang korang nak guna kat kepala. Then shampoo cam biasa. Lepas tu, akan rasa rambut and kulit kepala betul² bersih! Serius..eden dah buat menda ni beberapa kali. Setakat ni rambut tak rosak. Tapi buat just ONCE A WEEK je ye. Kang ter'over' pulak.

5) Pembersih sinki - heee..sinki bilik air kena la dicuci selalu sebab dah tetiap hari guna..kadang² ada krim tertumpah la..eye shadow berdebu la, ubat gigi tercalit, macam² lagi la. So, nak cuci sinki senang je...tabur baking soda kat permukaan sinki, biarkan sekejap, guna span basah then sental. Konferm sinki lebih bersih berkilat :)

6) Pencuci - basically, baking soda ni den guna jugak untuk cuci yang lain²..cuci cermin bilik air, lantai..semua pun bulehh :)

OK..cukup la 6 tu dulu..huuu..banyak lagi kegunaan lain. Baking soda ni bukannya mahal pun..tapi banyak kegunaan. Kiranya very essential lah untuk setiap rumah ada baking soda ni. OK..rasa² tu je la kot nak share kali ni. Selamat mencuba **kalau ada sesape la yang nak cuba tips² ni kann** :)

Adios!

P/S : Seperti biasa, meh la support eden kat Homemade by zanox. Thanks :)

Friday, April 15, 2011

Masterchef Malaysia??


Assalamualaikum,
OK..eden baru je dapat call from production Masterchef Malaysia..and..I got invited for the audition!!! yeehaa!! Actually, tak ada niat pun nak join..tapikan, abang den and Encik A menggalakkan den masuk..so, apa lagi..isi borang and hantar. **sebenarnya selalu gak nengok masterchef kat TV..kekadang time masak feeling ala² masterchef gituu**

 **borang masterchef**

Isi borang pun cikai² je..campur² bahasa Melayu and English **sesuka hati je..kalau buat time SPM, konferm fail!** Alhamdulillah, lepas screening, diorang call..suruh pergi audition kat KL bulan Mei ni.. **huaaa...takotttt**tetibe terfikir..patut pergi ke tak? aaaaaa...kang wat malu je masak tak sedap..hmm..

Kalau nak masuk, now ni, kena start pikir and prepare apa nak masak..hmm..any idea?

[Resepi] Cream puff with custard filling - ohhh..sedappp~!

Assalamualaikum,
Huaaa..ghase²nya lah kann..dah lama tak share resepi best kat blog ni. Bukan apa..mood nak menaip resepi tak ado..hehe **bukan malas masak ye..rajen yang amat..malas nak mengupload je =.=" **
Orait..hari ni nak share resepi cream puff. Ramai yang suka makan..tapi berapa ramai yang reti buat? Maybe cream puff yang eden buat ni takla sesedap mana..cuma kepuasan dapat buat sendiri tu haa..memang tak terkata lah.. **puas ati sebab modal tak banyak..tapi dapat makan banyak²..hihihi**

OK..seperti biasa..bahan-bahan :
1) 1/2 cup butter **nak guna marjerin pun buleh**
2) 1 cup water
3) 1 cup tepung gandum
4) 1/4 teaspoon garam **kalau butter or marjerin dah masin, toksah letak..kang kencing masin..ehh..salah..darah tinggi**
5) 4 eggs **eden guna 3 bijik je..sebab telur gedabak gred A**

OK..cara² nak buat pun mudah je sebenarnya..
First, panaskan oven dulu..suhu 200⁰C..then, campurkan air ngan butter dalam periuk..didihkan. Dalam mangkuk lain, campurkan garam dan tepung..lepas campuran butter dan air tadi mendidih, terus masukkan tepung sekaligus. Kacau rata² sampai jadi bentuk bola..tutup api. Masukkan telur satu persatu, kacau rata after each addition. Pastikan adunan betul² sebati dan smooth. Gunakan scoop aiskrim dan scoopkan adunan ke atas dulang pembakar. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan. Then..keluarkan dari oven, biarkan sejuk selama 10 minit. Rupa cream puff akan jadi macam ni..

 **cream puff yang gebusss**

Haa..gitulah rupanya..should be gebu kat dalam and crispy kat luar..now..untuk filling pulak..bahan-bahan:
1) 2 1/2 sudu besar kecik tepung kastad
2) 1 cawan susu segar
3) Gula secukup rasa.

Senang gilos nak buat filling...campur semua bahan sebati..masak sampai pekat..lepas tu fill kan cream puff tu ngan inti..**eden letak dalam icing syringe, then just inject je dalam cream puff tu** Lepas tu, kalau suka, taburlah gula icing sikit..and hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.

**sedap tak??huuu..**

OK..sebelum meleleh air liur korang, baik eden stop..kang banjir blog suka suki den ni haa..:p

Selamat mencuba!
P/S : Kalau korang rajen dan baik hati, meh la like page Homemade by zanox. Nak try produk² tu pun bulehh :)

Adios!




Wednesday, April 13, 2011

Sapu petrol kat muka??!

Assalamulaikum,
Haaa...terkujat tak tengok tajuk entry? **kalo tak terkejut, sila buat² terkejut sekarang..SEKARANG!** heee...itu lah yang sebenarnya terjadi di zaman moden ni. Kita mungkin pernah dengar ada orang sapu macam² kat kulit untuk mendapatkan kulit cantik, licin..contohnya, sapu gel aloe vera, sapu minyak kelapa, dan lain². Pernah dengar orang sapu petrol kat kulit tak? Pernah? Memang konferm korang jumpa orang gila **huuu...ape daa..kalau orang tu sapu petrol straight from the petrol pump, sah la...**
Sebenarnya, tanpa kita sedari, kita hari² sapu krim atau losyen kat kulit kita ni...kemungkinan besar bahan utama dalam krim/losyen tu adalah Mineral oil. Apekebenda nya mineral oil tu? Mineral oil ni adalah hasil sampingan yang terhasil daripada proses penyulingan Petroleum! **iye...minyak petrol yang korang dok buat isi dalam motor or kereta tu la** 

Haa...dah terkujat lomm?? Jangan la pelik sangat..try check korang punya cosmetics label..mesti ada jumpa "mineral oil" as an ingredient. Mineral oil dah jadi common ingredient sebab ianya banyak dihasilkan dan kos pun murah jika nak dibandingkan dengan minyak² sayuran yang lain..minyak sayuran is the best oil for skin..sebab ada banyak nutrition. 
Kenapa mineral oil ni tak elok untuk kulit? 

Dr. T. G. Randolph, an allergist, has found that this and many other cosmetic chemicals cause petrochemical hypersensitivity. The allergic reactions can become quite serious in time leading to arthritis, migraine, hyperkinesis, epilepsy and diabetes.  
Taken internally, mineral oil binds the fat soluble vitamins A, D and E and carries them unabsorbed out of the body, and although little mineral oil is able to penetrate the skin, this tendency is so dangerous that Adelle Davis in Let's Eat Right to Keep Fit says that she "personally would be afraid to use this oil even in baby oils, cold creams and other cosmetics" (New York: Harcourt, Brace, Jovanovich, 1970, p. 46). 
The fact that mineral oil does not penetrate the skin well makes it inappropriate for use in an absorption base in a skin cream of any kind. In fact, mineral oil-containing cosmetics can produce symptoms similar to dry skin by inhibiting the natural moisturizing factor of your skin. Petrolatum, paraffin or paraffin oil and propylene glycol are other common cosmetic forms of mineral oil. Toxic. Avoid them (Hampton). Has tendency to dissolve the skin's own natural oil and thereby increase dehydration. Mineral oils have been found to be probably the single greatest cause of breakouts in women who use a new product (Chase). Serious carcinogens are commonly found in Mineral Oil. 


Haaa...panjang lebar dah tu..sila baca dengan sepenuh hati. Yang tak bestnya, kalau korang perasan, main ingredient untuk baby oil is MINERAL OIL!! **nak ke sapu petrol kat kulit baby yang halus tu?** Memang la bila sapu akan rasa kulit lembut dan licin..tapi mineral oil TAK BOLEH meresap sepenuhnya ke dalam kulit, then akan dissolve natural oil yang ada kat kulit tu..bila kita basuh minyak tu, sekali dengan natural skin oil terikut sekali...last sekali, jadilah simptom² kulit kering.


Nak tau info lagi best? Siapa guna Vaseline? Tak kira lah untuk apa² pun, untuk sapu kulit kering ke, or sebagai lipbalm ke..Kalau ada, cuba la stop..and cari alternatif lain..sebab Vaseline adalah petroleum jelly..**dah nama pun petroleum kann..paham² je la ye** 

OKlah..panjang lebar dah ni...kang tak pasal² pengguna setia mineral oil bakor blog ni..huuu...semua ni adalah pendapat eden and hasil peng-google-an eden ye..mintak maaf kalau ada yang tak puas ati.

Adios!

P/S : Nak try homemade products WITHOUT mineral oil? ley la jenguk kat Homemade by zanox.

Monday, April 11, 2011

[Info] Apa ke mendanya beeswax??

Assalamualaikum,
Hari ni takde idea nak mengupdate belog nih..so, nak share info about beeswax atau dalam bahasa melayu nya ialah lilin lebah **sedikit pelik bunyinya**.



Apa yang specialnya beeswax ni? Haa..ramai yang tau pasal khasiat madu kan..tapi, berapa ramai yang tahu tentang beeswax? Mungkin ramai dan mungkin jugak tak ramai **tak pernah la pulak den tanyo orang lain kan..sebab tu tak tau whether ramai yang tau ke tak**.

Beeswax ni adalah natural wax atau lilin yang dihasilkan dalam sarang lebah oleh lebah² madu. Lebah-lebah comel (worker bees) ni merembeskan sejenis compound yang macam wax untuk membina honeycomb.Selalunya, dalam 10 pound madu yang dihasilkan, akan terhasillah 1 pound beeswax ni. It is estimated that bees must consume 6-8 pounds of honey to produce one pound of beeswax.  It is also estimated that bees fly 150,000 miles, roughly six times around the earth, to yield one pound of beeswax (530,000 km/kg). **punyalah susah payah lebah² comel tu bekerja kann**



Kegunaan beeswax ni dah lama diketahui since zaman tok kadok dulu. Banyak sangat² kegunaan and sangat berharga sampai satu masa, beeswax pernah digunakan sebagai bayaran cukai oleh zaman Romans.

"In 181 BC when the Romans defeated the Corsicans and imposed a tax of 100,000 lbs of bees wax. The Romans demanded bees wax when they conquered the city of Trebizond in the first century AD. In Medieval European times wax was a a unit of trade for taxes or other. In 1330 farmers in one region of France paid 2 lbs of bees wax per year. On 1632 records show that the French Monastery called for rent of 600 lbs. of bees wax per year." - sumber dari Bees Wax History and Origins

Antara kegunaan beeswax ni :
1) Lilin - pembakaran lebih bersih tanpa jelaga berbanding lilin paraffin yang biasa
2) Furniture polish  - untuk perabot kayu lebih bersinar²
3) Crayon making
4) Digunakan dalam proses mencanting batik
5) Pembuatan sabun
6) Moisturizing cream
7) Lip balm
8) Lipsticks / cosmetics
9) Fruit coating
.....dan banyak lagi. **tak larat nak tules satu²**

OK..beeswax ni kalau digunakan dalam cosmetik ada banyak kelebihan. Beeswax is rich in Vitamin A that is essential for human cell development. It also can provide protective layer to avoid moisture loss and keep the skin soft, well-moisturized. Beeswax contains the benefits of honey and bee pollen that is more concentrated.
Jadinya, it is good to know if your skin care or cosmetics contain beeswax. 
Lately ni, banyak pengeluar skin care and cosmetic menggunakan paraffin wax atau petroleum jelly untuk menggantikan beeswax. Sebenarnya, paraffin wax dan petroleum jelly ni akan membawa kesan yang tak berapa nak bagus la kepada kita ni..haa...nak tau pasal menda tu, sila tunggu next entry :)


**Sesiapa nak try beeswax lipbalm, boleh beli kat Homemade by zanox. Handcrafted cold cream berasaskan beeswax pun ada :) ** 

P/S : Kalau korang rajen meng-google, sure boleh dapat more info about beeswax. Rajen²lah gi jenguk pakcik google :) 

Adios!


Saturday, April 9, 2011

[Beauty tips] How to reduce eye puffiness and dark circle under eye.

Assalamualaikum,

Hari ni eden rajen nak bagi tips. Mungkin ramai yang ada masalah eye puffiness atau eye bag..and also dark circle. Gaya hidup moden sekarang ni biasalah, tidur lambat, kurang makan makanan berkhasiat, etc. Masalah² kat mata ni memang akan nampak obvious lah kalau tak cover ngan makeup tebal sepuluh inci **sape lah yang nak mekap tetebal kann..kang tak pasal² jadik cam kak limah, puteh melepak beb!**
This problem can make us look older more than wrinkles and uban. Maknanya, sesape yang ada dark circle and eye bag akan nampak lebih tua daripada usia sebenar.

OK..nak tau sebab² terjadinya dark circle ni? Haa...sila baca kat bawah ni :
  1. Dark Circles under eyes are generally due to a lack of sleep, fatigue, stress, deficiency or some disease. Dark circles may be hereditary.
  2. Nasal congestion can also cause dark under eye circles.
  3. Chronic atopic eczema on skin can cause dark circles.
  4. Dark circles under eyes may also be due to aging which thins the skin around the eyes.
  5. Eyelid swelling or eye puffiness can produce shadows producing light dark eye circles.
-sumber : fatfreekitchen

So, sebab utama adalah tidur! Jadinya, untuk meng-reduce-kan masalah ni, tidurlah secukupnya. Tapi kan, sebagai remaja muda-mudi **prasan remaja ke zanox oiii..cepukk kangg** eden pon selalu bebenor la tidur lambat. Tips yang selalu kita dengar, is to put used teabags on our closed eyes for 30 minutes. Rasa²nya kat rumah semua orang pun ada teabags kan.

**haa...letak teabags camni ye rakan²**

Senang je kan? Kenapa teabags membantu? Sebab tea contains tannin and caffeine that is effective in treating swelling and also to improve blood circulation around the eyes. And also, another way is to put slices of cucumber to sooth the swelling under eyes.
Disebabkan semua ni natural home treatment, mestilah dibuat setiap hari untuk mendapatkan kesan yang mantap. The effects may take longer to show, but will help in the meantime.

Ataupun, kalau you alls nak senang, guna je Soothing Eye Gel Homemade by zanox **haa...promote..promote..**

 **Soothing Eye Gel Homemade by zanox**

Tak perlu nak cari teabags or potong² timun, just apply the cooling gel everyday. Senang cerita..hehe. Eye Gel ni mengandungi green tea extract which is a powerful antioxidant, cucumber extract - untuk cooling and soothing effects, chamomile extract - know for its effect of calming and soothing, aloe vera - helps to reduce wrinkles around eye area, glycerin - as a humectant to keep the skin hydrated..semua totally natural plant extract. Takde bahan² terlarang ye.
Banyak bahan² yang akan membantu mengurangkan eyebags dan dark circle. With regular usage, insyaAllah akan berkurangan. So, sesiapa yang berminat, boleh jenguk ke Homemade by zanox...or kalau nak samples, sila rujuk SINI. Samples limited je tau..cecepat!

Adios!

Friday, April 8, 2011

Samples Giveaway Homemade by zanox.

Assalamualaikum :)



Orait...masih lagi dalam arena promote mem'promote'. Al-maklumlah..nak melariskan jualan...hee~
Kat page Homemade by zanox pun dah buat promo ni..untuk kat page, ada 15 samples diperuntukkan. Tapi, untuk blog, khas untuk 10 follower je.

[Want to Give] Homemade by zanox product samples.
Limited only for Cold cream and soothing eye gel (choose either one).
Just pay postage of RM4 for each sample.
Please type 'ENTER ME' dan tinggalkan alamat e-mail in the comment box.
Limit hanya untuk 10 FOLLOWERS terawal sahaja.

**samples akan dipek dalam plastic ziplock mini**

So, total ada 25 samples yang akan diberikan. Cecepat! Nanti melepas :)

Adios!

Wednesday, April 6, 2011

homemade by zanox

Assalamualaikum,



Entry kali ni nak promote page Facebook den yang baru je dilancarkan.. **cewahh...macam launching besar-besaran je kann** Disebabkan my passion in making homemade cosmetics and beauty products, den pun ambil keputusan untuk cuba test market untuk jual my formulation. Setakat ni, den dah cuba and guna sendiri all the products, takde side effects. Maybe sebab guna all natural ingredients and takde additive apa² pun.
Harga tak mahal la den letak, sebab guna packaging biasa je. Setakat ni baru ada 3 products, nanti den akan tambah lagi produk² yang lain such as mineral make-up, facial scrub, etc.

OKlah..so, marilah beramai-ramai meng-LIKE page tersebut... **search homemade by zanox kat FB, then like** Kalau ada sesiapa nak try produk² tu, let me know ye :)

Adios!

F.R.I.E.N.D.S

Assalamulaikum,
Hai...lama gila tak update blog **5 hari tu kira lama lah derr** Actually, last Thursday (31st March) eden telah menjejakkan kaki ke KL..tujuan utama  untuk beronggeng..heeee **tu je la tujuannya, maklumlah..penganggur terhormat kann** then hari sabtu malam, ber-unitelah dengan geng-geng SP.. **Sri Petaling dihatiku..cewahhh..** macam-macamlah cerita update masing-masing. Kitorang melepak kat Bangsar malam tu. So, tetiba entry kali ni nak tribute untuk kawan-kawan SP pulaklah kan. Dok keje cerita pasal beauty homemade je **macamlah ada orang minat mnde² camtu kan**.



OK..firstly, kawan den dari umur 5 tahun **dah 19 tahun beb!**..nama dia ni Soraya. Tapi kekadang terpanggil² jugak Soya..atau nak manja sikit So. Haa..dia ni dari dulu den kenal memang lemah lembut je cara dia cakap..tak taulah kalau dia terkontrol depan den kann **cik so, sila jangan kembang. time kasehhh** Tapi seriously, agak seronok la dengar dia cakap..sopan je.. **memang den takleh lah nak tiru gaya dia** Kitorang tadika sama-sama, masuk sekolah rendah sama-sama..then terpisah jap..pastu form 4 and form 5 sama² jugak. Kiranya dah sama² tau lah perangai masing². **tanda ganda 2 kecik superscript tu pon dia yang ajar..hehe..**
**cik so yang ceria dikala umur sudah meningkat**
**cik so berbaju merah dan berselendang biru...comel kann...ada subang besar lagi tuuu**

Next, kawan den lagi sorang..Farah Eliza. Haa...dia ni kenal time satu kelas masa darjah 1 **so, dah 17 tahun kenal**. Since then memang sentiasa sama kelas sampai darjah 6. Tak pernah tukar beb! **nampak sangat dia suka ikut den..hehe..kidding..farah..sila jangan cepukk aku..hehe** Then sekolah menengah terpisah jap..then form 4 and form 5 masuk sama kelas balik. Memang hebat jodoh kitorang neyh. **pergghhh...jodoh? den bukan lesbo..jodoh persahabatan je ye..** Cik Farah ni kira lawa lah dalam geng kitorang ni **sila jangan kembang kempis** tapi semua orang dalam geng ni pon lawa..hahaha...ok2..dia ni ada mix blood...ala² pan asian look la skett **skett je..tak banyak..hihihi** baik hati, of coz..sebab den pilih kawan yang baik hati je.

**haa..yang muka ala² anak mat saleh tu la cik Farah, yang muka sememeh sebelah tu sila abaikan =.=" **
**cik Farah ketika sudah meningkat umur :) **

OK...moving on..cik Fateen...atau lebih manja dengan nama Fat **manja ke beb? geli pankreas aku..wakakaka**  Fat ni kenal from sekolah rendah lagi..selalu main sama-sama kat padang zon F tu haa..cik So pun selalu jugak join..berkejar-kejaran..main beskal..makan eskrem **perghh..riang ria betul zaman kanak² den** then, Fat pindah ke Penang..lepas tu tak jumpa dah..sampailah den masuk Form 4 kat sekolah yang sama dengan dia ni..mulalah balik berkawan. Dia ni garang sikit lah **sikit je Fat..jangan marah beb aku nules gini** tapi dalam hati ada taman..hehe..baik lah dia ni..tak kesah pon ngan kengkawan. Asal nak gi melepak je, sure den suro dia yang drive. **saya malas nak drive malam², time kasehh**. Jadi, bila sama² kami berempat masuk sekolah sama, jadilah kami berempat geng bas sekolah..ehh...silap..geng feymes se-sekolah.. **prasan feymes..someone please slap me bertubi² =.="**

**cik Fateen yang cantik jelita**

OK..I can't find gambar Fat time muda mudi..so, ada gambar terkini je lah.. **rasanya ada simpan gambar zaman kanak² ngan Fat ni, tapi tak jumpa pulak**

Moral of the story, I feel blessed to have found a bunch of friends yang best macam diorang ni. Friendship kitorang dah berbelas-belas tahun dah, and still standing. Thanks so much for everything and hopefully kita kawan sampai mati yerp!



P/S : Semua gambar eden cilok kat fesbuk. Korang jangan marah..i lap u ols :)

Update : Hari ni hari ke-7 eden guna cold cream cleansing method. So far, so good. Kulit rasa lebih lembut and bersih, without feeling oily and sticky **I have an awful oily complexion**. Make-up pun senang tanggal. So far, no signs of break outs. Last time bila eden guna cleansing oil method, lepas 2 hari guna, jerawat naik meletup-letup. Now dah seminggu, nothing happen except skin rasa soft :) Will update lagi next time.

Adios!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...