Ads 468x60px

Tuesday, October 4, 2011

[Resepi] Lemon chicken - chinese style

Assalamualaikum,
Hello semua. Entry kali ni eden nak share 1 resepi best dan agak mudah. Mula² jatuh chenta dengan dish ni masa pi makan kat Red Wok. Memang superb duperb. Jadi, eden pun try lah nak duplicate resepi ni tapi eden ada ubah² sikit lah.

Lemon chicken ni masakan ala chinese. So, untuk kelainan masakan harian korang, try la masak lemon chicken ni. Baru lah tekak tak rasa boring je. **dok keje ayam kicap, ayam goreng, ayam masak merah, kari ayam..lama² boring jugak**

OK..bahan-bahan yang diperlukan :

1) Ayam yang dipotong kecil² atau ikut saiz yang korang suka
2) Tepung goreng ayam serbaguna 
**eden tak guna ni..eden guna tepung mix sendiri..perisa spicy**
3) Bawang putih & halia
4) Garam
5) 2 sudu besar jus lemon
6) 2 sudu besar tepung jagung
7) 1 cawan chicken stok 
**eden guna 1/4 kiub perasa ayam, add air panas cukup untuk secawan**
8) Pewarna kuning
9) Sedikit butter.
10) 3 hirisan lemon yang dibuang kulit
11) Gula secukup rasa


OK..cara nak buat, senang je. First, bersihkan ayam. Then chop atau tumbuk bawang putih + halia, lumurkan kat ayam. Perap sekejap. Lepas tu, celup ayam dalam tepung and goreng sampai masak or garing **ikut suka hati u all ye**. Dah siap masak ayam, kita buat kuah lemon pulak. Dalam satu mangkuk bersih, campur jus lemon, tepung jagung, stok ayam, pewarna kuning, gula dan garam. Kacau sampai sebati, jangan bagi berketul-ketul. Lepas tu, cairkan butter dalam periuk..bila dah cair, tuang campuran kuah lemon tadi. Masukkan hirisan lemon. Masak sampai pekat. Dah pekat tu, terus tutup api and tuang atas ayam yang dah goreng tadi. Siap!




Haaa..senang kan? So, lepas ni bolehlah try ye. :)

Selamat mencuba!


Adios!



2 comments:

  1. 2 sudu besar jus tu boleh perah dr lemon itself kn hehe

    ReplyDelete
  2. yes kak..2 sudu besar lemon jus tu memang perah terus from lemon :) Jangan guna yg jus kotak tu..tak ori rasa dia :)

    ReplyDelete

Kalau rase nak komen, komen lah ye. TQ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...