Ads 468x60px

Saturday, August 6, 2011

[Info] Isu halal/haram produk kosmetik

Assalamualaikum,
Jarang eden nak meng-update blog hari sabtu. Tapi malam ni terlebih rajin la pulak. Oh ya..sebelum eden terlupa, ada final Giveaway kat page Homemade by zanox. Pi la join untuk memeriahkan suasana GA tu :)

OKlah..semalam eden ada post pasal bulu khinzir pada produk kosmetik SimplySiti kan. Hasil peng-google-an eden hari ni, eden dapat satu maklumat baru. Berikut merupakan kenyataan daripada Dato' Siti Nurhaliza :

KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI
Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut
BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd
6 Ogos 2011

sumber : GUA

OK..memang pantas Dato' Siti keluarkan statement balas. Yang eden ragu²nya, maklumat yg eden dapat semalam macam betul...sebab ada tulis analisa daripada Jabatan Kimia. Ada juga yang membantah menyatakan khinzir tak ada bulu. Hmm..sebenarnya, ada jenis khinzir ni yang ada bulu ye rakan-rakan. Berus lukisan yang mahal² pun ada diperbuat daripada bulu binatang tersebut, termasuklah hair brush.**ada hairbrush kat kedai² macam Shins ada jual jenis bulu khinzir ni..dia ada tulis non halal..tapi kena perhatikan betul² la..jangan terpegang pulak** Sebab tu kena hati-hati dengan bulu-bulu sekarang ni.
Takpelah. Kita tunggu la kenyataan rasmi daripada pihak JAKIM pulak. Now, yang menjadi persoalan sekarang ni, adakah SEMUA produk dalam brand SimplySiti ni halal?


Haaa...eden pun bukaklah laman web JAKIM..search kat direktori halal tu..bila search 'SimplySiti', keluarlah jenis² produk yang disahkan HALAL oleh JAKIM tu kan. Korang nak tau? Dalam senarai produk yang disahkan HALAL tu, cuma ada 4 jenis produk je. **eden tak tau la kalau laman web JAKIM ni tak update** So, apa cerita dengan produk² yang lain tu? tak halal ke? hmmmm...


**print screen dari laman web JAKIM..klik utk besarkan**


Takpelah..eden tak mau la menyebarkan fitnah atau apa. Cuma concern je dengan isu-isu macam ni. Eden nak mintak maaf dengan mana² pihak yang rasa entry blog eden ni tak betul Eden cuma nakkan kepastian tentang isu ni. Kalau dah disahkan halal, make sure ada kat laman web JAKIM sebab consumer mostly akan rujuk kat website JAKIM ni. 

ohh ya, kalau korang nak check sendiri, try gi kat website JAKIM. Klik Sini.


Harap-harap isu ni akan selesai dengan cepat sebab eden rasa ramai pengguna produk SimplySiti ni.


OKlah. Entry ni sebagai perkongsian. Kalau rasa tak setuju, itu pendapat korang. Eden tetap guna produk den sendiri. No worries :)


Adios!





No comments:

Post a Comment

Kalau rase nak komen, komen lah ye. TQ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...