Ads 468x60px

Wednesday, February 9, 2011

[Resepi] : Cakoi sedap :)

Hola2!~ wahhhh...bersawang-sawang dah blog ni..lama sangat tak ber'update' **mintak maap ye..sebab ada je urusan tetiap hari..heeee :p**
hmm..these few days ni memang takde rasa nak update..sebab siang malam my sister dok keje marathon cerita Korea. Lepas satu, satu...sampailah ke malam. Dah malam-malam tu, eden memang malas la kan nak mengupdate. Terus pergi berjuang di medan pentiduran **ehh..ape merapu daaa =.=" **

OKlah..eden ada mood nak share resepi mudah. Sesuai untuk minum2 petang ye rakan-rakan. CAKOI! **siapa suka cakoi sila angkat gigi...ehh...angkat tangan..hehe**

Orait...let's start..

Bahan-bahan
1) 2 1/2 cawan tepung gandum
2) 2 sudu kecil yis segera **eden guna mauripan..nak guna brand lain pun bulehh**
3) 1 biji telur
4) 3 sudu besar minyak masak
5) 1 sudu kecil baking powder
6) 2 sudu kecil gula
7) Garam secukup rasa
8) sedikit air perahan bawang putih
**yg ni nak buat dia, tumbuk 2 bijik bawang putih, letak lebih kurang 4 sudu besar air..then perah la...yg hampas2 bawang tu boleh jugak kalo nak masukkn dalam adunan cakoi**
9) Air secukupnya untuk menguli

Cara-cara nak buat :
1) Gaul semua bahan2 kering dalam mangkuk.

2) Campurkan semua bahan2 basah kecuali air. Kacau sebati.

3) Lepas tu, campurkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dalam mangkuk tadi. Then gaul sebati.

4) Tambahkan air sedikit-sedikit sampai jadi doh. Tapi jangan sampai jadi doh macam nak buat roti tu. Pastikan doh yang dibuat sedikit lembik/basah. Uli-uli lagi untuk lebih kurang 10 minit. **bagus utk exercise tangan :)**

5) Tutup mangkuk dengan kain basah. Biar doh naik mengembang 2 kali ganda. **selalunya kalau ada macam lubang2 buih atas doh tu, kiranya doh tu dah ready lah**

6) Taburkan tepung atas papan pemotong yang besar. **tabur banyak sikit sebab doh lembik..senang melekat-lekat** Jangan risau kalau korang rase doh tu lembik gile..doh cakoi memang lembik sikit. Kalau keras, nanti tekstur akan jadi padat mcm roti. Canaikan doh sehingga tebalnya menjadi lebih kurang 1/2 cm. Jangan nipis sangat, jangan tebal sangat.

7) Biar doh yang tercanai tu rehat jap, dalam 10 minit. Lepas tu, potong menjadi bentuk strips (2cm X 7cm lebih kurang)

8) Ambik lidi, celup dalam air, then basahkan tengah2 strips tadi. Then ambik satu strip doh, stack atas strip doh yg lain. Tekan tengah2 bagi melekat. **err...korang paham tak? sorry, x sempat mengambil gambo step by step**

9) Panaskan minyak. **guna minyak banyak ye** Bila minyak dah panas, ambil doh yang dah dipotong dan dikapit tadi tu...tarik bagi panjang sikit, then trus letak dalam minyak panas. Golek-golekkan. Bila dah cukup masak, angkat dan hidangkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah ghupenye...

 

OKlah..dah maghrib ni..tak elok dok depan laptopkan..haha..dah2..syuhhh...pi solat!

Adios!


9 comments:

Kalau rase nak komen, komen lah ye. TQ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...